Pengeluaran 101 Dalmatian Street

Penyiaran

101 Dalmatian Street pada asalnya dirancang untuk disiarkan di seluruh dunia pada September 2018, tetapi tarikh pengeluarannya ditangguh atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Siri ini ditayangkan buat siaran awal di Disney Channel di United Kingdom dan Ireland pada 14 Disember 2018, dengan episod "Dog's Best Friend"[57] dan tayangan singkat "Merry Pups".[58] Disney Channel di Jerman juga menayangkan siaran awal siri ini pada 15 Disember dengan kedua-dua segmen episod pertama,[59] dan Disney Channel lain di seluruh Eropah turut ikut.

Selebih siri ini dilancarkan di United Kingdom pada Mac 2019, lalu negara-negara lain turut ikut selepas itu.[60]

Penstriman

Walaupun siri ini pada asalnya akan dikeluarkan di Disney Channel di seluruh dunia,[1] pada 11 Jun 2019, Festival Filem Annecy melaporkan bahawa siri ini akan dikeluarkan di Amerika Syarikat di Disney+.[61] Pada 23 Januari 2020, Jack Binstead mengumumkan bahawa siri ini akan dikeluarkan melalui penstriman di Kanada dan di Amerika Syarikat bersama-sama pada 28 Februari 2020, ikuan tarikh siaran finale musim 1 rancangan ini.[62]

Sementara di Jepun pula, Disney Deluxe (juga dikenali sebagai Disney Theatre pada pautan tapak web) telah mengeluarkan 13 episod pertama dan kesemua 10 buah tayangan singkat pada musim pertama untuk penstriman.[63][64]

Rujukan

WikiPedia: 101 Dalmatian Street http://atomiccartoons.com/projects/101-dalmatian-s... http://doublezcreative.com/WorkInfo.php?id=61 http://www.imdb.com/title/tt7019028/ http://oneofus.net/2018/11/review-101-dalmatian-st... https://www.foxtel.com.au/tv-guide/101-Dalmatian-S... https://tv.fr.disney.be/_schedule/full/20200123/1/... https://tv.fr.disney.be/_schedule/full/20200124/1/... https://www.awn.com/news/new-voice-talent-spotted-... https://www.cartoonbrew.com/tv/passion-pictures-te... https://d23.com/chip-n-dale-original-series-coming...